KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT HARTA

Ibadat zakat merupakan salah satu daripada rukun islam yang lima. Ibadat zakat ini diwajibkan kepada setiap orang islam apabila cukup syarat-syaratnya. Selain melaksanakan perintah Allah s.w.t, tujuan utama ibadat ini ialah untuk membantu umat islam yang memerlukan pertolongan. Sudah menjadi lumrah alam bahawa ada manusia yang senang, susah, kaya, dan miskin. Oleh itu ibadat zakat yang diwajibkan merupakan pembahagian harta kekayaan yang dimiliki oleh golongan kaya kepada golongan miskin mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarak. Dengan cara ini, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah s.w.t yang terdapat di muka bumi ini. Ibadat zakat juga merupakan hubungan individu dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Hal ini dapat dilihat melalui pembahagian harta seseorang kepada orang lain mengikt hukum syarak. Selain itu, hubungan yang erat antara sesama umat islam dapat dijalan.

PETA KONSEP

PETA KONSEP

ZAKAT EMAS DAN PERAK

Zakat Emas dan Perak


1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik onang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang mendeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;


(e) genap setahun.



2. Barang tersebut bukan dijadikan barang perhiasan wanita


3. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85 gram. Kadar zakatnya ialah 2.5%. Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.


4. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram. Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.


Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.


(Surah At-Taubah: Ayat 34)


KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK

1. Emas Perhiasan Wanita

  • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan.. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram

  • Contoh: (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

2. Emas Yang Disimpan

  • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
  • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
  • Contoh:Timbangan emas x harga semasa x 2.5%90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50

3. Perak

  • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
  • Contoh:800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

:: kaedah pengiraan diambil daripada Portal Lembaga Zakat Selangor

2 comments:

anra90 said...

Salam. Maaf nk tanya, klau emas perhiasan yg cuma dipakai sekali setahun, iaitu masa raya, emas tu masih dikira emas perhiasan atau dikategorikan dlm emas simpanan ya?

Unknown said...

Wasalam, rasanya emas perhiasan kerana syarat emas perhiasan adalah pakai sekali setahun kurang2nya..Allah wa'lam

sumber rujukan

1. Pendidikan Islam, 2008 , Hamil @ Amir Abdullah dan Mohd.Shukri Othman, Sasbadi Sdn. Bhd: Selangor.

2. Pengurusan ZAKAT, Mahmood Zuhdi Abd. Majid. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.2003

3. Revisi Prioriti PMR Pendidikan Islam, Ustaz Hamil @ Amir Abdul Hameed. Sasbadi Sdn. Bhd.2003

4. http://www.zakatsel.com.my/baru/index.asp